Donald Kolopita

Kes Donald Pieter Luther Kolopita (47 tahun) yang dikatakan dipukul oleh 4 anggota Polis PDRM masih lagi disiasat oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia. Donald Kolopita telah membuat laporan polis dengan iringan Slamet Nugroho, staf Konsulat Indonesia di Seremban, Malaysia. Ada dua versi iaitu versi Donald dan versi polis.Donald Kolobita merupakan seorang ketua wasit / hakim / juri Kejohanan Karate Asia 2007 (AKF) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nilai, Negeri Sembilan pada hari 24-25 Ogos 2008 lalu. 28 buah negara turut serta.Donald merupakan Ketua Dewan Wasit Indonesia PB Forki. Dia juga bekas atlit karate. Kecewa dengan insiden tersebut, pasukan karate Indonesia menarik diri dari Kejohanan Karate Asia itu. Donald Kolopita dijemput ibunya Irene Kobandaha di Lapangan Terbang Sukarno-Hatta. Kemudian dibawa ke Hospital Pertamina, Jakarta untuk pemeriksaan lanjut.

Rujukan

WikiPedia: Donald Kolopita http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://kotapalembang.blogspot.com/2007/08/donald-k... http://www.gatra.com/artikel.php?id=107289 http://www.indosiar.com/fokus/penganiayaan-wasit-k... http://www.kompas.com/kompas-cetak/0709/01/utama/3... http://www.kompas.com/ver1/Internasional/0708/28/0... http://www.kompas.com/ver1/Olahraga/0708/27/140846... http://www.thejakartapost.com/detailheadlines.asp?... http://www.antara.co.id/en/arc/2007/8/28/house-sla...